Sabtu, 5 Julai 2014

Aktiviti Exonaim : Program NBOS Voluntourism (1MG1MC)


Nama program : Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) Voluntourism 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC)
Tempat : Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan (Hadapan Tok Aman Bali Resort)
Tahniah ... aktiviti pertama Exonaim, 42 pesawat turun menjayakannya. Meriah!!!


Tempat checkpoint A : Pertemuan gabung konvoi Gua Musang, Tanah Merah dan  KB

Konvoi berhenti rehat dan solat Jumaat di Masjid TUDM, Gong Kedak, Besut.
Senamrobik dulu dehh...

EOCMotorsport @ Program NBOS 1MG1MC, Tok Bali Aman Resort, Pasir Putih...Exonaim mengucapkan terima kasih tak terhingga atas penglibatan dan penyertaan anda semua dalam menjaya program ini.....Megah dan Bangga Bersama!
Plak penghargaan dan hamper daripada Kementerian Pelancongan

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA




Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita.
Ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita
Cuba kita perhatikan dan renung sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inci
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOD:

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A

• A : kawasan panas

• B : kawasan bercuaca normal

• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905

• dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.

• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
Selepas ini, jika anda ingin membeli tayar baru lihat betul2 kod yang ada supaya anda tidak tertipu dengan pembelian anda di kedai tayar.

Rabu, 20 November 2013

Nak Jadi Ahli? Senang je...

Assalamualaikum & Salam sejahtera .

Bagaimana hendak menjadi ahli? Mudah sahaja, ikuti langkah berikut :

1. Register dulu di www.exoramotorsport.com/forum. (PERCUMA) - pada masa ini anda belum ada kelulusan penuh menggunakan forum. Sila teruskan ke langkah 2. 


2. Download borang yang ada di bawah karangan ini, cetak dan isi borang selengkapnya .

3. Transfer @ bank-in wang yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM30.00 sahaja kepada akaun berikut:

Nama Bank: CIMB Berhad
Nombor A/C: 12-42-00044260-56
Nama : Exora Owners' Club Motorsport
Emel: speedmaster66@gmail.com

Sila sertakan resit masuk wang secara emel (speedmaster66@gmail.com) untuk tindakan selanjutnya.
4. Pos borang yang telah dilengkapkan, berserta 1(satu) salinan Lesen Memandu, 1(satu) salinan geran kereta Exora dan sekeping gambar berukuran paspot. 

(Sekarang boleh pos atau pun scan dan e-mail je) ke alamat berikut:

No 1,

Jalan USJ 6/2K,
UEP Subang Jaya,
47610 Subang Jaya,
Selangor.

5. Borang anda akan diproses dalam beberapa hari dan anda akan menerima Sticker Kelab (nom.ahli) dan resit secara pos/emel setelah pendaftaran anda .  


6. Sila kembali ke forum dan perkenalkan diri anda bersama nombor ahli untuk mendapatkan kelulusan penuh menyertai forum rasmi EOCMotorsport. 

Download borang :-
1. Borang Pendaftaran Kelab

Sekian Terima kasih.

Untuk Kita

Dah masuk Malaysia Book of Records dah.

SAMBUTAN AKHIR TAHUN (TERENGGANU) 2013 EOCM